Friday, November 14, 2008

Special Tribute: Rock Hudson Dalam Kenangan

Selalu kita ditanya, bilakah saat paling indah dalam hidup kita. Ada yang jawab masa duk hostel kat sekolah menengah lah, masa keja kilang dekat bandar M lah, macam-macam lagi lah. Kalo korang tanya aku, jawapan aku adalah masa zaman aku student kat IPTA. Zaman ni aku dah tinggal quite berbelas tahun gak. Zaman abis sekolah, umur belasan tahun, tak jumpa dentiti, semua benda nak dicubanya, tanggungjawab? Apa itu tanggungjawab? Takyah pikir lahh. Zaman itu, dunia ini aku yang punya. Kalau lah masa boleh diputar kembali...

Tapi aku bersyukur, sebab senakal-nakal aku masa tu, aku tak terjerumus ke lembah yang paling hina, dadah, arak, judi, walopun ada kengkawan aku yang terlibat. Tapi kalo ditanya macam mana boleh tak terlibat, aku sendiri pun tak tau macamana nak jawab, kuasa tuhan, pada hal kalo nak diikutkan memang sonang-sonang ajo boleh terlibat. Aku memang nakal. Kata orang tu, nakal tak hengatt. Sampai hari ni kalo terjumpa balik kengkawan lama, terutamanya budak pompuan, diaorang selalu cakap, tak sangka jadi orang jugak engko akhirnya yee.

Memang dah terkenal kat kolej yang aku duduk ni, ada satu group dominan kat sini, grup budak nakal, muka tembok, kaki ngacau anak dara orang. Ada dalam 20 orang. Aku adalah ahli kehormat grup ni. Kaki lepak tegar. Ponteng kuliah. Grup ni bercampur, ada lelaki, ada pompuan, melayu, mamak, bajau, jawa, banjar. Ada yang fasih speaking london, tamil, dan mandrin, urdu pun ada. So kemana pun kitaorang pergi boleh survive. Selalu kitaorang pergi trip panjat gunung, pergi pulau sesama, bila orang lain balik kampung cuti semester.

Tapi bukan itu yang nak aku ceritakan. Aku nak cerita pasal motor. Motor kesayangan aku masa rumaja yang hapa hapa ntah nih.

Motor adalah komoditi yang utama masa zaman tu. Takde motor, susah nak pergi kuliah, takleh pergi dating, takleh nak makan kat luar, takleh nak nengok bapuk malam minggu kat belakang kowloon. Sapa ada motor, boleh bangun lambat nak pegi kuliah, kuliah pukul 8, pukul 7.45 bangun pun orait lagi, boleh jenjalan petang-petang, dan paling penting, senang nak dapat awek. Awek tu pun satu jugak, nak cari pakwe, kena la yang ada motor, senang sikit nak suruh hantar pergi kuliah. Simbiosis. Bak kata Rais Yatim, win win situation.

Dikalangan kengkawan aku, setiap motor kitaorang ada nama sendiri. Yang aku ingat, motor Suzuki 100 Usop nama dia Sally, Honda kepala empat persegi Enyai nama Johnny, Yamaha 80 Gamat nama Jengking Biru, dan banyak lagi yang aku tak ingat. Masa tu skuter baru nak keluar, tak top lagi, tak wujud lagi samseng bersekuter nih. Sori to say, skuter kitaorang panggil 'babi', sebab bentuk dia macam benda alah tu (minta maaf, bukan provoke, sekadar interprestasi kami yang lembap di zaman tu). Ada babi kecik (100 cc), ada babi besar (125 cc). So kalo kita sebut, Tirub, pinjam babi ko sat, tau lah tu, nak pinjam motor. Lepas pinjam jangan lupa kasi minum, so, paham-paham jelah, kasi isi minyak.

Motor aku lak, Honda Raider, wana hijau Arqam (warna asal putih pepsi), nama Rock Hudson. Kenapa Rock Hudson. Sebab dia berpenyakit, diaorang kata motor aku ada AIDS, kalau dia rasa nak mati, dia matilah, bukan kira masa tu tengah dating first time ke, tinggal lima minit nak exam kee. Suka-suka dia. Lagi satu, kalo nak start, mau longgar lutut belum tentu hidup. Kengkadang sampai setengah jam. Yang pelik tu kalo aku yang start, sekali kick aje dah boleh hidup, diaorang saspek kat lutut aku ada ditanam cip immobiliser motor tu. Itu sebab aku aje yang boleh start. Dikalangan kengkawan aku ada dua tiga orang aje yang boleh hidupkan motor tu secara konsisten, roommate aku Kudult, dengan Sadin (itupun diaorang cakap dia pakai sihir, sebab dia ni Jawa). Yang lain, mau lari alignment lutut, tak mau nye hidup.

Rock Hudson juga terkenal sebab bunyinya yang exotic. Bak kata diaorang, perlukan special ‘key’ dalam note muzik untuk imitate bunyi dia. Tu sebab kengkawan aku semua tahu bila aku pegi kuliah atau ponteng. Kalau start Rock Hudson pukul 7 pagi, mau satu blok lelaki, 2 blok pompuan terbangun sebab kebejatan bunyi dia. Satu lagi, kalau kengkawan aku yang samseng-samseng tu tengah mengacau makwe aku, 800 meter sebelum aku sampai kolej diaorang dah dengar bunyi Rock Hudson, so diaorang dah boleh kontrol muka macam tak bersalah, atau dah boleh start rangka konspirasi untuk fitnah makwe aku yang kacau dia, bukan dia kacau makwe aku. Sebab tag line Rock Hudson ialah ‘Bunyi Macam Ribut, Lari Macam Siput’. Misteri bunyi Rock Hudson yang exotic tu dapat diselesaikan bila satu hari aku jolok ekzos dia dan terjumpa gumpalan dawai berus periuk yang telah dipadatkan keliling silencer dia, hasil inovasi previous owner. Mekanik motor kalau tengok pun mesti kagum.

Kaedah penggunaan motor di kalangan kengkawan aku adalah menggunakan konsep Bai’ul Ta’jiri, iaitu kaedah siapa cepat dia dapat. Konsep pinjaman motor secara paksa, atau bahasa kasarnya, rogol. Usop bangun pagi sambil bersiul-siul nak pergi kuliah, 10 minit sebelum kelas bermula dia turun ke parking didapati Sally dah takde, celaka punya Demang, rogol motor aku, dengan muka tanpa reaksi Usop menuju kearah Johnny, ambik kunci cucuk kat motor, pulas, dan start, terus pergi kuliah, dengan assumption ‘takpelah Enyai bukan ada kuliah pagi ni’. Bila Enyai turun, dia pun buat benda dan assumption yang sama pada motor ahli yang lain. Begitulah berturutan. Konsep menghidupkan motor orang lain dengan menggunakan bukan kunci asalnya, sama konsep dengan rogol (boleh ke?). Konsep ini hanya boleh diamalkan dikalangan ahli bersekutu sahaja yang boleh menerima semua tindakan tu dengan redha, menerima suratan qada dan qadar dari ilahi dengan hati terbuka, dan kalau dilaksanakan kepada orang luar boleh di cas sebagai tindakan jenayah. Aku saspek kaedah ni lah yang telah diciplak oleh pakar-pakar MLM kat Malaysia yang tengah ngetop laa ni untuk buat Business Module diaorang.

Tetapi kaedah rogol ni jarang berlaku kepada Rock Hudson, sebab dia ada ciri keselamatan ketiga, iaitu secret immobiliser. Kalau berjaya start pun belum tentu kau boleh berjaya balik, melainkan bawak jenjalan tanpa mematikan enjin dia (sekali harung).

Rock Hudson pada zaman jahiliyahnya sangat perkasa, boleh bawak sekali tiga orang pemain ragbi, boleh membawa seguni jagung mentah dan lalu dihadapan pondok pak guard tanpa kena saman, tapi race jarang menang. Sepanjang bersama Rock Hudson aku pernah disaman sebanyak 2 kali, sekali di Muar sebab side mirror cuma sebelah, sekali lagi di tol Sungai Besi, itupun atas kelalaian aku sendiri sebab semasa dilaluan motor aku terhiling-hiling tengok semua orang tiba-tiba buat u turn tanpa menyedari kat depan ada road block, dan aku dah terparking ngam-ngam kat depan sorang brader polis.

Kalau Che Guevara ada ‘The Motorcycle Diaries’, yang mengubah seluruh persepsi dia masa remaja terhadap perjuangan rakyat hingga ke akhir hayatnya, Rock Hudson jugak mempunyai kesan yang sama terhadap aku, dari sudut falsafah mahupun prinsip hidup. Hampir satu Malaya aku pusing dengan menunggang Rock Hudson, walaupun tanpa lesen memandu yang sah. Pernah dua tahun menggunakan road tax fotostat motor lain, lepas tu tak pakai road tax terus, bertahun-tahun. Pernah sahur kat Muar, buka kat Sekinchan, the next sahur tu kat Muar balik, dan buka kat KL. Gilas babas. Pernah pancit pukul 12 malam, di malam minggu, bersama awek yang first time keluar, di jarak 15 km dari base asal. Pernah habis minyak di depan kubur cina pukul 2 pagi, pulak tu kubur yang jenis panjang melintang, nak habis ke hujung punyalah jauh, dah tu naik bersama kawan yang takde hati perut, motor mati terus melompat cabut lari hala ke lampu jalan, nun sebatu kat depan, bukan nak tolong tolak sama. Paling tragis, nak balik raya kat Muar lampu depan terbakar pukul dua pagi hujan yang maha lebat, masa tu baru sampai Seremban. Besok nak raya nih, redah saja, ikut lampu org depan. Yang lain, sorang kawan pinjam pergi dating, sebelum pergi polish seat belakang, aku tanya apa hal, dia kata biar bila brek awek tu takleh kontrol dan terpeluk dia. Macam lahanat, motor gua jadi lokasi maksiat. Tapi seteruk mana Rock Hudson dianaya, takdelah sampai macam motor sorang kawan aku, kawan yang lain pinjam kata nak pegi beli surat khabar, rupanya di bantainya naik balik kampung kat Kedah, seminggu lepas tu baru pulang. Jahat betul kawan-kawan aku.

Aku naik Rock Hudson eksiden yang besar ada lah terjadi sekali je. Jalan dua hala, van depan aku potong kereta, aku pulak potong van tu. Punyalah bangang, eksiden terseret 30 meter ngam-ngam berenti depan kedai minum bawah pondok telepon. Yang lain eksiden kecil-kecilan je, contoh motor parking, aku duduk hadap belakang sambil berborak, tiba-tiba motor tombang bersama-sama aku sekali.

Kalau aku bukukan epik perjalanan bersama Rock Hudson, mau jadi best seller (perasan). Tak ternilai jasa yang telah diberi. Kini Rock Hudson tersadai kat belakang rumah aku kat kampong. Masa aku pergi obersea selama beberapa tahun, mak aku pernah jual dia tanpa kebenaran aku pada buruh kontrak Indonesia. Bila aku tau, aku nangis. Mak aku terkesima. Seminggu sebelum balik Malaya, mak aku tebus balik motor tu, seprise kat aku. Bukan surprise sebenarnya, sebab ada kes polis. Motor tu dijual tanpa tukar nama geran, lepas bertahun-tahun dapat detect motor tu ada kat balai polis, sebab kongsi tempat pekerja Indonesia tu duduk kena rush, Rock Hudson jadi bahan bukti. Taknak kasi nama aku buruk, kena keluarkan gak motor tu, walau dengan harga dua kali ganda dari harga jual asal. Sekarang Rock Hudson ada lagi kat belakang rumah aku, aku pesan kat mak aku baik-baik, cukuplah sekali motor tu bertukar tuan, lepas ni aku nak motor tu biar kat situ selama-lamanya, biarlah sekeru dia terlerai sebiji demi sebiji kat depan mata aku, sebab sentimental value dia tak dapat di tukar walau dengan berapa harga sekali pun.

Kenangan bersama Rock Hudson kekal abadi, dan kengkawan aku yang macam hantu tu semua, dah jadi macam-macam, ada yang dah jadi manager estet, jadi doktor, jadi banker, akauntant hypermarket, jadi engineer kat obersea, jadi usahawan bumiputra, jadi pensyarah IPTA, jadi biomedis check darah manusia samada positive HIV atau tidak, yang dah kawin dua pun ada. Berhati-hatilah, kawan-kawan aku ni ada dimana-mana, mungkin kalo korang tengok muka diaorang ni sekarang nampak nerd macam Mr Bean, tapi ketahuilah, diaorang ni azalinya adalah nakal na'uzubillah, contohnya, yang doktor tu, sanggup ke korang masa bini korang nak bersalin nanti, bayi akan disambut oleh dia ni, yang rekod skodeng masa student adalah dalam kategori outstanding. Sanggup kaki terendam dalam longkang selama satu jam semata-mata nak dapat view skodeng yang paling clear. So, amaran aku untuk korang semua, berhati-hatilah, mereka ini semua ada di mana-mana, ha ha ha ha…..huk huk (suara ketawa sambil bergema).

1 comment:

asuhara sue said...

time study dolu pun aku ada kapcai yamaha70 buruk jek ( itu jek yg mampu)lagik pun aku ni pompuan. member bagi nama NImbus 2000 sempena nama penyapu harry potter yg terlaju time tu walaupun prestasi dia ..err...paham2 sendiri le yek.tp nimbus2000 aku tuh byk jasanyaaaa.

p/s:bro aku suka baca entri ko, teruskan tulis bro!