Thursday, November 27, 2008

Spare Tyre

Banyak-banyak bunga, bunga apakah yang warna dia hitam. Bunga tayar. Banyak-banyak tayar, tayar apakah yang menyakitkan hati. Spare tyre.

Ye adik-adik. Spare tyre sungguh menyakitkan hati. Datangnya tak dipinta, pemergiannya sungguh liat sekali. Spare tyre adalah simptom kepada banyak perkara. Ia adalah simptom usia dah mula nak lanjut, cermin kepada tahap athletic seseorang, penanda aras kadar kolestrol dan bagi yang tak nak mengaku salah, ia adalah lambang prosperity.

Adik-adik. Spare tyre adalah nama saintifik kepada lemak-lemak degil yang menghuni pinggang seseorang. Ia memang degil. Kewujudannya sungguh mencabar. Bagi jejaka seperti saya, kehadiran spare tyre di bahagian pinggang memberi kesan terhadap sosial dan ekonomi saya.

Dari sudut sosial, setiap kali berhadapan dengan aweks-aweks kerani yang ramai dan cun-cun di opis saya ini, saya terpaksa menahan napas untuk meminimakan tahap tumbesaran spare tyre saya, dengan harapan semoga tubuh saya kelihatan 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar saya. Kadang-kadang saya terpaksa menahan napas saya lebih daripada keupayaan paru-paru saya, menyebabkan muka saya menjadi pucat, degup jantung menjadi perlahan, dan oksigen semakin kurang ke bahagian otak saya. Untuk mengelakkan epilepsy (sawan) dan gangrene (reput) di bahagian otak daripada berlaku, nak tak nak, terpaksa juga saya mengambil napas. Dan spare tyre saya kembali terserlah seperti sedia kala, kepada bentuk asalnya.

Dari sudut ekonomi pula, siang tadi saya terpaksa membeli tali pinggang baru, disebabkan oleh lubang rumah tali pinggang saya yang nombor dua dah terkoyak bersambung yang ke nombor tiga. Ye lah, mana taknya, dah sememangnya saya kena pakai yang lubang nombor tiga, tapi saya paksa-paksa jugak pakai yang nombor dua, dengan harapan untuk mendapatkan effect seperti corset, dan pinggang menjadi ramping, tapi dia tak mau, tu yang koyak tu.

Semasa rumaja, di IPTA dulu, masa mandi saya selalu berlagak dengan kawan-kawan saya, perut saya ada lapan petak. Macam roti bun yang berperisa kaya tu. Alamakk, teringat roti, lapar la pulak. Sambung balik. Kawan-kawan saya ramai yang jeles. Majoriti diaorang ada enam petak. Ada yang empat saja. Tapi kini, uhuk uhuk, sedih, petak saya yang lapan tu dah bertukar menjadi satu petak, dalam bentuk kuali terbalik pulak tu. Tapi takpe, tak perlu sedih, kawan-kawan saya sekarang ni pun semuanya dah sama dengan saya, semuanya satu petak. Hu huh huuu. Padan muka korang, dan aku jugak. Apa lah nak jadi kawan- kawan aku nih, semua nya dah boroi-boroi belaka. Jom main laga-laga perut, ada bran kaa??

No comments: