Friday, November 28, 2008

Pengalaman Saya Naik Bas

Korang biasa naik bas untuk jarak jauh tak? Maksud aku, macam balik kampung kee. Alaa, bas express tuu. Tunggu kat Pudu, belah bawah tu, bas sampai, naik ramai-ramai, sebelum naik doa dulu, mintak-mintak di luruskan perjalanan dapat duduk sebelah awek cun. Korang ok tak kalo naik bas macam ni. Gua tak ok.

Semasa aku zaman rumaja dulu, awal 90 an, aku jarang balik kampung naik bas. Aku lagi prefer naik motor. Tak kira lah, kapcai pun kapcai lah, janji tak naik bas. Kampung aku takde lah jauh sangat, dalam 200 km je dari tempat aku belajar. Naik motor dalam 3 jam. Naik bas mau jejak 5 jam baru sampai ke muka pintu rumah. Aku tak suka naik bas ni bukan hapa, aku dari kecik memang jenis mabuk kalo naik bas nih. Naik dari Pudu belum sampai Jalan Tun Razak aku dah nak muntah. Belum kira masuk highway lagi.

Tekanan perasaan tau kalau rasa macam nak mabuk, tapi tak boleh nak memabukkan diri ni. Macam-macam petua dicadangkan kawan-kawan aku untuk mengelak mabuk ni. Ada yang kata sumbat batu kecik dalam pusat lah, ada yang kata bawak getah beku yang orang menoreh tu, kalau rasa nak muntah, cium, insyallah mujarab. Mana yang skema tu suruh bawak minyak cap kapak lah, suruh makan gula hacks lah. Tapi semua petua tu tak jalan untuk aku. Memang mabuk tahap tegar punya. Yang paling lahanat sekali, ada yang suggest kalau rasa macam nak mabuk nih, cari lah apa benda pun pegi sumbat lubang idung belah kiri, supaya proses pernapasan berlaku dengan lubang idung belah kanan sahaja, dan aliran tenaga dalaman kita menjadi seimbang, dia kata petua dapat dari buku ‘permata yang hilang’. Ntah hapa hapa ntah. Tak signifikan langsung.

Pernah sekali, sebelum naik bas aku tak ambik sarapan. Hipothesis aku masa tu kalau perut kosong maka nya takde lah muntah tu, ye tak. Bijak aku nii. Haramm. Kalau nak muntah tu muntah jugak, tak kira perut ada isi ke perut kosong. Mau tergeliat usus, nak pecah hempedu, muntah jenis tak keluar apa ni, keluar angin saja. Ada rasa macam urat bawah kelengkang macam kena rentap, nak putus. Yaa ampunn, sakit dia, tuhan aje yang tahu. Hanya yang pernah rasa aje yang tahu penangan dia. Lepas tu jalan pun terkangkang-kangkang.

Aku pernah, 5 minit sebelum sampai ke stesen bas yang di tuju, selepas ber jam-jam menahan rasa nak muntah, sekali itu cecair muntah sudah sampai kat mulut. Aku terpaksa cerut bibir aku dengan tangan, muncung bibir terjuih, pipi mengelembung tahap maksima, mata siap merah berair. Satu bas tengok aku, lawak sarkas jenis apa kah ini. Aku buat tak paham, korang bukan memahami situasi apakah yang aku hadapi saat ini, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Berhenti aje bas, aku lari masuk toilet. Peh, puas hati aku. Lega. Yang pelik tu soon after muntah, semua rasa pening, loya, sakit urat, sekelip mata terus hilang. Pelik betul lah aku kat fenomena mabuk naik bas nih.

Mabuk masa naik bas jugak kadang-kadang boleh mencerminkan tahap ekonomi seseorang. Ada sorang kawan aku, satu hari kelas dia ada trip. Jauh jugak lah, tiga ampat jam naik bas. Untuk pengetahuan, majoriti kawan aku masa student semuanya sengkek, kata orang, sengkek tahap cipan punya, jenis satu batang rokok isap 5 orang. Termasuklah kawan yang nak pergi trip ni. So pagi-pagi buta berangkat lah kawan aku ni bersama rakan sekelas dia ke destinasi yang dituju. Sampai saja ke sana, bas belum betul-betul berhenti, kawan aku ni sudah lari ke pintu depan dan sudah muntah ngam-ngam atas tanah depan tangga bas. Lohh! Masyallah. Meggi semata yang keluar, takde perencah sampingan langsung, telur kee, sawi ropol kee, bawang kecik kee. So kantoi lah dia masa tu, seluruh kelas tau dia seorang yang tengah miskin kederat, sekadar sarapan meggi kosong aje dia pagi tu.

Itu lah pengalaman saya kalau naik bas. Dolu-dolu. Sekarang ni, tau dahh, kalo rasa kena naik bas jauh-jauh nih, pegi aje lah farmasi tu, beli pil travel sickness, RM2 jee sepeket. Tak payah pakai petua-petua pelik, minum air jampi lah, semata nak elak mabuk. Bodoh gaban aku masa dulu, nama aje masuk unibersiti.

Thursday, November 27, 2008

Spare Tyre

Banyak-banyak bunga, bunga apakah yang warna dia hitam. Bunga tayar. Banyak-banyak tayar, tayar apakah yang menyakitkan hati. Spare tyre.

Ye adik-adik. Spare tyre sungguh menyakitkan hati. Datangnya tak dipinta, pemergiannya sungguh liat sekali. Spare tyre adalah simptom kepada banyak perkara. Ia adalah simptom usia dah mula nak lanjut, cermin kepada tahap athletic seseorang, penanda aras kadar kolestrol dan bagi yang tak nak mengaku salah, ia adalah lambang prosperity.

Adik-adik. Spare tyre adalah nama saintifik kepada lemak-lemak degil yang menghuni pinggang seseorang. Ia memang degil. Kewujudannya sungguh mencabar. Bagi jejaka seperti saya, kehadiran spare tyre di bahagian pinggang memberi kesan terhadap sosial dan ekonomi saya.

Dari sudut sosial, setiap kali berhadapan dengan aweks-aweks kerani yang ramai dan cun-cun di opis saya ini, saya terpaksa menahan napas untuk meminimakan tahap tumbesaran spare tyre saya, dengan harapan semoga tubuh saya kelihatan 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar saya. Kadang-kadang saya terpaksa menahan napas saya lebih daripada keupayaan paru-paru saya, menyebabkan muka saya menjadi pucat, degup jantung menjadi perlahan, dan oksigen semakin kurang ke bahagian otak saya. Untuk mengelakkan epilepsy (sawan) dan gangrene (reput) di bahagian otak daripada berlaku, nak tak nak, terpaksa juga saya mengambil napas. Dan spare tyre saya kembali terserlah seperti sedia kala, kepada bentuk asalnya.

Dari sudut ekonomi pula, siang tadi saya terpaksa membeli tali pinggang baru, disebabkan oleh lubang rumah tali pinggang saya yang nombor dua dah terkoyak bersambung yang ke nombor tiga. Ye lah, mana taknya, dah sememangnya saya kena pakai yang lubang nombor tiga, tapi saya paksa-paksa jugak pakai yang nombor dua, dengan harapan untuk mendapatkan effect seperti corset, dan pinggang menjadi ramping, tapi dia tak mau, tu yang koyak tu.

Semasa rumaja, di IPTA dulu, masa mandi saya selalu berlagak dengan kawan-kawan saya, perut saya ada lapan petak. Macam roti bun yang berperisa kaya tu. Alamakk, teringat roti, lapar la pulak. Sambung balik. Kawan-kawan saya ramai yang jeles. Majoriti diaorang ada enam petak. Ada yang empat saja. Tapi kini, uhuk uhuk, sedih, petak saya yang lapan tu dah bertukar menjadi satu petak, dalam bentuk kuali terbalik pulak tu. Tapi takpe, tak perlu sedih, kawan-kawan saya sekarang ni pun semuanya dah sama dengan saya, semuanya satu petak. Hu huh huuu. Padan muka korang, dan aku jugak. Apa lah nak jadi kawan- kawan aku nih, semua nya dah boroi-boroi belaka. Jom main laga-laga perut, ada bran kaa??

Friday, November 14, 2008

Special Tribute: Rock Hudson Dalam Kenangan

Selalu kita ditanya, bilakah saat paling indah dalam hidup kita. Ada yang jawab masa duk hostel kat sekolah menengah lah, masa keja kilang dekat bandar M lah, macam-macam lagi lah. Kalo korang tanya aku, jawapan aku adalah masa zaman aku student kat IPTA. Zaman ni aku dah tinggal quite berbelas tahun gak. Zaman abis sekolah, umur belasan tahun, tak jumpa dentiti, semua benda nak dicubanya, tanggungjawab? Apa itu tanggungjawab? Takyah pikir lahh. Zaman itu, dunia ini aku yang punya. Kalau lah masa boleh diputar kembali...

Tapi aku bersyukur, sebab senakal-nakal aku masa tu, aku tak terjerumus ke lembah yang paling hina, dadah, arak, judi, walopun ada kengkawan aku yang terlibat. Tapi kalo ditanya macam mana boleh tak terlibat, aku sendiri pun tak tau macamana nak jawab, kuasa tuhan, pada hal kalo nak diikutkan memang sonang-sonang ajo boleh terlibat. Aku memang nakal. Kata orang tu, nakal tak hengatt. Sampai hari ni kalo terjumpa balik kengkawan lama, terutamanya budak pompuan, diaorang selalu cakap, tak sangka jadi orang jugak engko akhirnya yee.

Memang dah terkenal kat kolej yang aku duduk ni, ada satu group dominan kat sini, grup budak nakal, muka tembok, kaki ngacau anak dara orang. Ada dalam 20 orang. Aku adalah ahli kehormat grup ni. Kaki lepak tegar. Ponteng kuliah. Grup ni bercampur, ada lelaki, ada pompuan, melayu, mamak, bajau, jawa, banjar. Ada yang fasih speaking london, tamil, dan mandrin, urdu pun ada. So kemana pun kitaorang pergi boleh survive. Selalu kitaorang pergi trip panjat gunung, pergi pulau sesama, bila orang lain balik kampung cuti semester.

Tapi bukan itu yang nak aku ceritakan. Aku nak cerita pasal motor. Motor kesayangan aku masa rumaja yang hapa hapa ntah nih.

Motor adalah komoditi yang utama masa zaman tu. Takde motor, susah nak pergi kuliah, takleh pergi dating, takleh nak makan kat luar, takleh nak nengok bapuk malam minggu kat belakang kowloon. Sapa ada motor, boleh bangun lambat nak pegi kuliah, kuliah pukul 8, pukul 7.45 bangun pun orait lagi, boleh jenjalan petang-petang, dan paling penting, senang nak dapat awek. Awek tu pun satu jugak, nak cari pakwe, kena la yang ada motor, senang sikit nak suruh hantar pergi kuliah. Simbiosis. Bak kata Rais Yatim, win win situation.

Dikalangan kengkawan aku, setiap motor kitaorang ada nama sendiri. Yang aku ingat, motor Suzuki 100 Usop nama dia Sally, Honda kepala empat persegi Enyai nama Johnny, Yamaha 80 Gamat nama Jengking Biru, dan banyak lagi yang aku tak ingat. Masa tu skuter baru nak keluar, tak top lagi, tak wujud lagi samseng bersekuter nih. Sori to say, skuter kitaorang panggil 'babi', sebab bentuk dia macam benda alah tu (minta maaf, bukan provoke, sekadar interprestasi kami yang lembap di zaman tu). Ada babi kecik (100 cc), ada babi besar (125 cc). So kalo kita sebut, Tirub, pinjam babi ko sat, tau lah tu, nak pinjam motor. Lepas pinjam jangan lupa kasi minum, so, paham-paham jelah, kasi isi minyak.

Motor aku lak, Honda Raider, wana hijau Arqam (warna asal putih pepsi), nama Rock Hudson. Kenapa Rock Hudson. Sebab dia berpenyakit, diaorang kata motor aku ada AIDS, kalau dia rasa nak mati, dia matilah, bukan kira masa tu tengah dating first time ke, tinggal lima minit nak exam kee. Suka-suka dia. Lagi satu, kalo nak start, mau longgar lutut belum tentu hidup. Kengkadang sampai setengah jam. Yang pelik tu kalo aku yang start, sekali kick aje dah boleh hidup, diaorang saspek kat lutut aku ada ditanam cip immobiliser motor tu. Itu sebab aku aje yang boleh start. Dikalangan kengkawan aku ada dua tiga orang aje yang boleh hidupkan motor tu secara konsisten, roommate aku Kudult, dengan Sadin (itupun diaorang cakap dia pakai sihir, sebab dia ni Jawa). Yang lain, mau lari alignment lutut, tak mau nye hidup.

Rock Hudson juga terkenal sebab bunyinya yang exotic. Bak kata diaorang, perlukan special ‘key’ dalam note muzik untuk imitate bunyi dia. Tu sebab kengkawan aku semua tahu bila aku pegi kuliah atau ponteng. Kalau start Rock Hudson pukul 7 pagi, mau satu blok lelaki, 2 blok pompuan terbangun sebab kebejatan bunyi dia. Satu lagi, kalau kengkawan aku yang samseng-samseng tu tengah mengacau makwe aku, 800 meter sebelum aku sampai kolej diaorang dah dengar bunyi Rock Hudson, so diaorang dah boleh kontrol muka macam tak bersalah, atau dah boleh start rangka konspirasi untuk fitnah makwe aku yang kacau dia, bukan dia kacau makwe aku. Sebab tag line Rock Hudson ialah ‘Bunyi Macam Ribut, Lari Macam Siput’. Misteri bunyi Rock Hudson yang exotic tu dapat diselesaikan bila satu hari aku jolok ekzos dia dan terjumpa gumpalan dawai berus periuk yang telah dipadatkan keliling silencer dia, hasil inovasi previous owner. Mekanik motor kalau tengok pun mesti kagum.

Kaedah penggunaan motor di kalangan kengkawan aku adalah menggunakan konsep Bai’ul Ta’jiri, iaitu kaedah siapa cepat dia dapat. Konsep pinjaman motor secara paksa, atau bahasa kasarnya, rogol. Usop bangun pagi sambil bersiul-siul nak pergi kuliah, 10 minit sebelum kelas bermula dia turun ke parking didapati Sally dah takde, celaka punya Demang, rogol motor aku, dengan muka tanpa reaksi Usop menuju kearah Johnny, ambik kunci cucuk kat motor, pulas, dan start, terus pergi kuliah, dengan assumption ‘takpelah Enyai bukan ada kuliah pagi ni’. Bila Enyai turun, dia pun buat benda dan assumption yang sama pada motor ahli yang lain. Begitulah berturutan. Konsep menghidupkan motor orang lain dengan menggunakan bukan kunci asalnya, sama konsep dengan rogol (boleh ke?). Konsep ini hanya boleh diamalkan dikalangan ahli bersekutu sahaja yang boleh menerima semua tindakan tu dengan redha, menerima suratan qada dan qadar dari ilahi dengan hati terbuka, dan kalau dilaksanakan kepada orang luar boleh di cas sebagai tindakan jenayah. Aku saspek kaedah ni lah yang telah diciplak oleh pakar-pakar MLM kat Malaysia yang tengah ngetop laa ni untuk buat Business Module diaorang.

Tetapi kaedah rogol ni jarang berlaku kepada Rock Hudson, sebab dia ada ciri keselamatan ketiga, iaitu secret immobiliser. Kalau berjaya start pun belum tentu kau boleh berjaya balik, melainkan bawak jenjalan tanpa mematikan enjin dia (sekali harung).

Rock Hudson pada zaman jahiliyahnya sangat perkasa, boleh bawak sekali tiga orang pemain ragbi, boleh membawa seguni jagung mentah dan lalu dihadapan pondok pak guard tanpa kena saman, tapi race jarang menang. Sepanjang bersama Rock Hudson aku pernah disaman sebanyak 2 kali, sekali di Muar sebab side mirror cuma sebelah, sekali lagi di tol Sungai Besi, itupun atas kelalaian aku sendiri sebab semasa dilaluan motor aku terhiling-hiling tengok semua orang tiba-tiba buat u turn tanpa menyedari kat depan ada road block, dan aku dah terparking ngam-ngam kat depan sorang brader polis.

Kalau Che Guevara ada ‘The Motorcycle Diaries’, yang mengubah seluruh persepsi dia masa remaja terhadap perjuangan rakyat hingga ke akhir hayatnya, Rock Hudson jugak mempunyai kesan yang sama terhadap aku, dari sudut falsafah mahupun prinsip hidup. Hampir satu Malaya aku pusing dengan menunggang Rock Hudson, walaupun tanpa lesen memandu yang sah. Pernah dua tahun menggunakan road tax fotostat motor lain, lepas tu tak pakai road tax terus, bertahun-tahun. Pernah sahur kat Muar, buka kat Sekinchan, the next sahur tu kat Muar balik, dan buka kat KL. Gilas babas. Pernah pancit pukul 12 malam, di malam minggu, bersama awek yang first time keluar, di jarak 15 km dari base asal. Pernah habis minyak di depan kubur cina pukul 2 pagi, pulak tu kubur yang jenis panjang melintang, nak habis ke hujung punyalah jauh, dah tu naik bersama kawan yang takde hati perut, motor mati terus melompat cabut lari hala ke lampu jalan, nun sebatu kat depan, bukan nak tolong tolak sama. Paling tragis, nak balik raya kat Muar lampu depan terbakar pukul dua pagi hujan yang maha lebat, masa tu baru sampai Seremban. Besok nak raya nih, redah saja, ikut lampu org depan. Yang lain, sorang kawan pinjam pergi dating, sebelum pergi polish seat belakang, aku tanya apa hal, dia kata biar bila brek awek tu takleh kontrol dan terpeluk dia. Macam lahanat, motor gua jadi lokasi maksiat. Tapi seteruk mana Rock Hudson dianaya, takdelah sampai macam motor sorang kawan aku, kawan yang lain pinjam kata nak pegi beli surat khabar, rupanya di bantainya naik balik kampung kat Kedah, seminggu lepas tu baru pulang. Jahat betul kawan-kawan aku.

Aku naik Rock Hudson eksiden yang besar ada lah terjadi sekali je. Jalan dua hala, van depan aku potong kereta, aku pulak potong van tu. Punyalah bangang, eksiden terseret 30 meter ngam-ngam berenti depan kedai minum bawah pondok telepon. Yang lain eksiden kecil-kecilan je, contoh motor parking, aku duduk hadap belakang sambil berborak, tiba-tiba motor tombang bersama-sama aku sekali.

Kalau aku bukukan epik perjalanan bersama Rock Hudson, mau jadi best seller (perasan). Tak ternilai jasa yang telah diberi. Kini Rock Hudson tersadai kat belakang rumah aku kat kampong. Masa aku pergi obersea selama beberapa tahun, mak aku pernah jual dia tanpa kebenaran aku pada buruh kontrak Indonesia. Bila aku tau, aku nangis. Mak aku terkesima. Seminggu sebelum balik Malaya, mak aku tebus balik motor tu, seprise kat aku. Bukan surprise sebenarnya, sebab ada kes polis. Motor tu dijual tanpa tukar nama geran, lepas bertahun-tahun dapat detect motor tu ada kat balai polis, sebab kongsi tempat pekerja Indonesia tu duduk kena rush, Rock Hudson jadi bahan bukti. Taknak kasi nama aku buruk, kena keluarkan gak motor tu, walau dengan harga dua kali ganda dari harga jual asal. Sekarang Rock Hudson ada lagi kat belakang rumah aku, aku pesan kat mak aku baik-baik, cukuplah sekali motor tu bertukar tuan, lepas ni aku nak motor tu biar kat situ selama-lamanya, biarlah sekeru dia terlerai sebiji demi sebiji kat depan mata aku, sebab sentimental value dia tak dapat di tukar walau dengan berapa harga sekali pun.

Kenangan bersama Rock Hudson kekal abadi, dan kengkawan aku yang macam hantu tu semua, dah jadi macam-macam, ada yang dah jadi manager estet, jadi doktor, jadi banker, akauntant hypermarket, jadi engineer kat obersea, jadi usahawan bumiputra, jadi pensyarah IPTA, jadi biomedis check darah manusia samada positive HIV atau tidak, yang dah kawin dua pun ada. Berhati-hatilah, kawan-kawan aku ni ada dimana-mana, mungkin kalo korang tengok muka diaorang ni sekarang nampak nerd macam Mr Bean, tapi ketahuilah, diaorang ni azalinya adalah nakal na'uzubillah, contohnya, yang doktor tu, sanggup ke korang masa bini korang nak bersalin nanti, bayi akan disambut oleh dia ni, yang rekod skodeng masa student adalah dalam kategori outstanding. Sanggup kaki terendam dalam longkang selama satu jam semata-mata nak dapat view skodeng yang paling clear. So, amaran aku untuk korang semua, berhati-hatilah, mereka ini semua ada di mana-mana, ha ha ha ha…..huk huk (suara ketawa sambil bergema).

Thursday, November 6, 2008

Melayu Glokal


Dulu, masa aku duduk kat negara orang putih, ada sorang kawan aku yang pada pendapat aku memenuhi karakter untuk dikenali sebagai Melayu Glokal, iaitu yang boleh survive di global tanpa meninggalkan ciri lokal (bukan samseng macam samseng kampung dusun saja).

Satu hari, kitaorang pegi melancong, 5 hari, bagpack. Masa pergi tu aku baru tau dia ada history kesihatan yang tak begitu cemerlang. Disebabkan kesana sini mengusung beg, penyakit lama dia jadi semula, buasir. Mana taknya, beg 65 lb. usung kesana kemari.

Hari yang kelima dia dah tak boleh tahan, nak beli obat, tak tau nak sebut, sebab negara yg kitaorang pegi tu tak guna bahasa inggeris. Telan panadol je, sakit hilang sekejap, datang balik, telan balik.

Balik aje ke tempat asal kitaorang, belum sempat sampai rumah, dia dah pegi farmasi dulu.

Mek salleh jaga kaunter tanya, Can I help you sir?

Dengan muka confident, member pusing tunjuk punggung sikit, cakap kat minah tu, I have pain in my ass, inside. 5 days already, very pain, cannot shit.

Tercengang minah tu, kompius, dua tiga saat lepas tu satu kaunter ketawa. Yang sorang tu sampai keluar airmata. Tapi diaorang takde la peleceh. Dapat botol ubat tu baru aku tau, rupanya buasir nama saintifik dia hemoroid.

Tuesday, October 28, 2008

Duel


I thoroughly disapprove of duels. If a man should challenge me, I would take him kindly and forgivingly by the hand and lead him to a quiet place and kill him. -Mark Twain-

Saturday, October 25, 2008

Bersih Cekap Amanah


Apa yg aku nak cerita ni adalah berdasarkan pemerhatian aku semata-mata. Takde kena mengena dengan kononnya aku ni sorang yg sangat pembersih atau sebagaimana. Aku sekadar orang biasa, cuma lately bila dah berumur sikit ni (bukan tua ye, hehe), adalah kononnya pembersih sikit. Aku tengok tahap kebersihan orang kita ni, tahap kesedaran terhadap infra awam, taman awam, tandas awam, masih di tahap rendah. Sifat pentingkan diri sendiri jelas kelihatan dimana-mana.
Paling selalu aku tengok orang buang sampah dari dalam keta. Kengkadang tu aku tengok brader janggut kepala berketayap pun relex jee buang tin kosong kat trafik light. Come on brader, segan le sikit, lain kali kalo nak pengotor tu bela le rambut panjang takyah sikat kee, lepas tu kaler warna purple ke, pakai baju Sepultura kee, lagi cantik kalo ada tattoo pompuan bogel kat lengan kanan, takde sapa pun peduli kalo buang sampah rata-rata. Ini sudah dikira menjatuhkan maruah org lain yg pakai ketayap yg sungguh-sungguh.
Penah sekali tu kat highway ada satu kereta depan aku ni buang kulit durian keluar keta dia, cuma ok sikit sebab dia baling belah kiri, konon nak baling dalam semak lee tu, tapi still jatuh kat area lane motor, lagi merbahaya kalo motor terlanggar. Sekali yang lain pulak, ada lori, buang polistrine bekas makanan tu, yang ni kurang hajar, selamba baling belah kanan, bukan sekali, bekas makanlah, bekas air lah, sampah lah, selamba je.
Satu lagi kat public toilet. Anak aku dah dua tiga kali dah masuk toilet tapi rasa macam taknak kencing, kalo kat tepi hiway tu lagi prefer kencing kat atas rumput. Anak pompun aku bukan beso sangat, baru ampat tahun jee. Ada sekali tu dia kencing macam spaiderman, tangan dia bergayut kat tangan aku, semata-mata punggung dia taknak tersentuh kat toilet lid.

Aku ada experience keje sebagai cleaner, masa aku belajar kat obersea dulu. Toilet org putih ni, punyalah bersih, kalo standard org kita, makan pun boleh kat dalam tu. Mungkin aku agak bias, tapi majoritinya memang macam tu lah. Diaorang punya toilet kering, lantai takde air, lecak macam kita. Sebab diaorang memang fully pakai tissue toilet, lepas tu je baru basuh tangan. Kita selalu kutuk diaorang tak basuh lah, lap pakai tisu je lah, pengotor lah, apa lah, tapi kita lah bagi aku lagi pengotor dari diaorang. Lap pakai tisu adalah method, tapi kebersihan tu adalah sifat. Method kita tu adalah lebih suci daripada diaorang, tapi sifat kita tu lebih berkali-kali tak suci daripada diaorang.
Korang bayangkan lah, sebagai cleaner aku kena lap kepala paip punya bawah tu hari-hari, untuk elak lumut tumbuh. Berapa punya bersih daa. Selain lantai, kawasan yang luar daripada sinki bowl kalau basah juga adalah pantang diaorang. Cermin muka pulak, hari-hari jugak kena lap, kalo ada kesan titik air kering, nampak tak kemas. Sambil jalan kita kena raba sudut-sudut yang mata tak nampak, macam atas cermin, atas bingkai tingkap, atas daun pintu, seminggu sekali kena lap, tak mau ada habuk. Punya lah bersih. Kawan aku siap ada sekali tu buka puasa dalam toilet sambil mop lantai, takde hal punya. Pastu satu lagi kalo mop lantai ni kita kena letak penanda tiga segi ‘wet floor’ tu, sebab kalo ada orang tergelincir, ada kemungkinan company kita boleh kena saman.

Kat sini?? Aduhh, kalo kat opis aku tu, cermin dia, bukan kata titik air, cermin dia sebahagian tu dah jadi hitam, dah tak rupa cermin dah sebab dah tak boleh nampak muka dah. Lain-lain tu dah takyah cerita lah. Yang peliknya kat belakang pintu ada tergantung jadual kontraktor cuci dua kali sehari. Tapi dalam dia, macam hampeh.
Mungkin tahap kesedaran kita kot, yang dikatakan bersih tu sebenaunya takdelah bersih mana pun. Betul gak lah agaknya Pak Lah kata, kita ni fasiliti je dunia pertama, mentaliti still dunia ketiga. Kengkadang kat masjid pun sama, tempat ibadat tu, rumah Allah tu, tapi toilet, ya rabbi, boleh kena heart attack kengkadang tu. Kenapa ekk? Masjid dibuat dari kristal, tapi toilet macam setinggan tahun 80 an. Kenapa macam nii yee? Pelik la aku.

Friday, October 24, 2008

Tekanan Perasaan


Hari ni aku tekanan perasaan. Tapi lepas tu aku ketawa bagai nak pengsan. Apakejadahnya lah, kedai macam ni pun ada kee.