Friday, June 27, 2008

Kebetulan??



Korang pernah tak mengalami satu kebetulan yang ngeri. Kalau ikut teori probability nak jadi tu 1 per ntah berapa ribu. Rasa macam nak takut ada, macam nak sedih pun ada, tapi yg banyak sekali, seramm le.
Aku pegi keje selalu naik motor. Tempat keje aku ni besar sangat, staf dia beribu. Satu petang jumaat tu keluar dari opis aku terserempak satu org ni, potong aku, motor besar, Kawasaki V1000. Tak kenal pun, first time terserempak, tapi satu majikan.
Bila sampai trafik light, aku duk sebelah dia. Motor aku ni takat skuter 150 je. Aku tengok dari dekat motor dia, jelous tak ingat. Warna motor hitam, rantai emas, bunyi susah ditafsirkan, pakai jaket ada tulang belakang siap full face. Pehh, ganasss. Lampu hijau, terus hilang, then jumpa traffic light, aku duk sebelah dia lagi, gitulah dua tiga kali, pastu masuk highway, dia terus hilang. Cuba jugak kejar, haussss, berapa agaknya dia lari. Sepanjang jalan aku berangan, kalo dah kaya nanti, aku nak beli motor mcm dia ni, sambil tu aku perah-perah le jugak skuter aku kot rasa macam naik naked bike.
Sampai rumah aku cerita kat wife aku, dia gelak aje, dia kata sedar le diri sikit, dah tua dah, masih nak berangan naik motor mcm org muda. Berhari-hari aku fikir pasal motor tu.
Until the next monday, aku terbaca kat Harian Metro, sorang staf tempat aku keje sudah terbunuh eksiden dekat tol tangkak masa tengah konvoi, badan putus dua sangkut devider, motor dgn tpt eksiden jarak hampir 100 meter, mesti tgh laju gila punya. Jantung aku udah berdebar-debar. Pagi tu jugak ada announcement melalui portal, pasal eksiden tu, siap bagi nama lagi. Sah, memang org yg aku terserempak tu. Aku pun browse nama dia melalui internet, jumpa jawatan dia, dept. dia.
Luruhnya hati aku masa tu, sebab aku sudah terjumpa satu blog isteri arwah ni, juga satu forum yg dia join. Forum pasal superbike ni. Dari situ aku dpt tau dia baru pakai motor ni dua tiga bulan, tapi dia bukan orang baru, sebelum ni dia dah pun pakai superbike, cuma kali ni dia tukar naked bike. Nampaklah macamana urusan dia arrange nak join konvoi tu buat pertama kalinya, semua ahli welcom dia dlm group tu.
Dlm blog wife dia, ada la gambar dia, muda lagi, baya-baya aku je dia ni, wife dia, lagi laa muda, 20 an, rumah dia, buleh tahan gak, baru pindah pun empat lima bulan, besar dan cantik, boleh nampak laa dari gambar-gambar tu, semuanya full of hope, almost perfect. And suddenly, ya allah, dia ada anak kecik, kembar dua lelaki, umur dalam setahun lebih, comel tak ingat. Aku pun apa lagi, down mental, jem otak. Dah takboleh fikir apa dah. Jem abiss.
Sampai hari ni aku masih terpikir-pikir pasal hal ni, apa jadi kat anak dia. Eksiden tu berlaku pagi sabtu, tak sampai 24 jam dari saat aku terserempak arwah ni. Agaknya masa aku terjumpa dia nia apa agaknya yang dia tengah pikir. Ntah tau ntah tak yg dia akan meninggal esok. Apa agaknya perasaan dia masa dia nak tinggalkan keluarga dia tu buat kali terakhir. Entahlah, insaf bila aku teringat benda ni. Yang pasti, projek aku nak angkat motor besar ni terpaksalah aku pikir semula sewajarnya...Wassalam

Thursday, June 26, 2008

Guru silat

Ini bukan sebarangan punya guru, ini guru silat pulut, tiga lawan satu, satu kalah. Letih silat, balik rumah makan pulut, tiga pinggan pulut, satu guru kasi makan.